Seperti biasa pada waktu petang yang redup dan ditemani keheningan yang ketara akibat pelajar banyak pulang bermalam di rumah, aku melangkah sambil membimbit laptopku ke concourse untuk menggunakan perkhidmatan internet. Hari ini menulis satu entri berkisar tentang cerita ke bazar ramadhan pada hari sebelumnya.

Hati dilanda kerunsingan kerana tidak tahu bazar ramadhan KMB berlangsung atau tidak pada  hari ini. Ramai pelajar yang pulang jadi kemungkinan gerai tidak dibuka kerana takut pulangan yang sedikit. Hmm.. maka saya bersama Hazwan duduk semeja - dia bersama kerja TOK dan aku melakukan kombinasi dua kerja iaitu blogging dan English

Saya ke arah foyer kolej dan memerhati dari jauh tapak bazar ramadhan kolej - wah ada bazar ramadhan hari ini! Ada lebih kurang 3 buah gerai. Jadi sebelum makanan habis dijual saya bergegas ke sana selepas menyuruh Hazwan menjaga laptop saya sebentar.

Dipendekkan cerita saya ke gerai pelajar perempuan junior, menjual aneka kuih-muih yang saya rasa murah - 3 keping RM.100, berbanding kedai lain yang harganya RM 0.40 sekeping

“Pakcik, beli la satu” katanya kepada saya

??? .. disambut dengan derai ketawa dan senyuman  rakan-rakannya

Saya hanya berdiam diri sahaja. Membayar dan terus pergi

Ini kali kedua pelajar perempuan junior memanggil saya pakcik, sebelum ini adalah ketika latihan frisbee di mana saya mengajar mereka cara balingan yang betul. haha..kadang-kadang saya gelak sendirian

itulah akibat suka berlakon seperti orang tua sangat. Tapi saya sebenarnya tidak kisah cuma memikirkan muka saya tua sangat kah? atau saya nampak seperti seorang guru di KMB ni, kalau tidak kenapa tak panggil saya cikgu?

kalau mereka anggap saya orang luar sekalipun, muka ni takkan lah pangkat pakcik kot?
Tapi mungkin juga sebab saya kelihatan tua, maklumlah.

Seronok juga jadi orang tua kadang-kadang. 

Kebosanan pada petang jumaat akhirnya terubat jua apabila pelajar KMB dibenarkan ke bazar ramadhan yang terletak di belakang kolej. Pintu belakang kolej dlibuka sekitar 5.15 petang jadi lebih kurang 5.20 petang, aku dan rakan-rakan mula bergerak meredah lopak air ke arah belakang kolej. Melalui tangki air dan beberapa kawasan lapang yang kurasa sesuai untuk dibuat beberapa gelanggang takraw (entah mengapa)


Perjalanan ini bermula dari Blok B, melalui Blok A

Mendaki bukit sedikit - laluan jogging yang kali terakhir dilawatku setahun yang lalu. <— malas berjoging

Maka setelah merentasi pagar belakang itu, kami terpaksa meredah sedikit ladang kelapa sawit - lebih kurang 50 meter sebelum merentasi titi kayu yang menakutkan (mungkin kerana imbanganku yang lemah).


Diketuai oleh Mon - redahan semak-samun berlaku. Derapan demi derapan

Melalui jalan kampung untuk ke bazar Ramadhan Bukit Changgang - sambil menikmati udara nan nyaman dan deraman motosikal dan kereta yang melalui jalan tersebut.


Gambar kesedihan kanak-kanak kelaparan yang sanggup berjalan jauh


Pemandangan yang mendamaikan atma (bukan Akma kelas aku tu ok)

Bazar Ramadhan yang kami kunjungi merupakan pasar malam biasa yang berlangsung setiap hari jumaat. Jadi kombinasi makanan dan barangan masak seperti ikan dan sayura dapat diperhatikan. Disebabkan pasar malam ini sepanjang jalan, jadi kami berjalan hingga ke hujung dahulu sambil membuat pemerhatian, sebelum menentukan belian.


Sebuah kedai roti John yang sedap - sangat sedap. Masih ingat Ramadhan tahun lepas berkunjung ke sini.

Juadah lain - sama seperti bazar lain. Cuma aku tertarik ada jualan Ding Dang dan Tora, kelas E07A dimeriahkan dengan dua mainan ini sepanjang minggu. Semua teringatkan kisah hidup masa kecil jadi bermulalah satu diskusi.

Pelajar KMB yang lain turut memeriahkan bazar ini - kebanyakkan perempuan. Lelaki macam tak ramai sangat. Pada pendapat sayalah.. Hmm

Setelah membeli kami pun balik - aku membeli dengan agak sedikit mungkin sebab selera yang tidak memuncak.. huu.. sampai depan pintu pagar, pagar masih ditutup. jadi kamu tunggu seketika hingga dibuka sekitar 6.30 petang. Berjalan pulang ke blok.


Kumpulan anak kucing yang menginap di ruang kosong bersebelahan bilik Nabil - kelihatan seperti racoon yang cute

Bazar dalam kolej hari ini hanya sebuah gerai dibuka - gerai makcik dari luar. Beli air oren segelas.


Roti John sedap yang aku kongsi bersama Mon - dibuka di bilikku pada jam 11 malam (tikar getah biru yang cantik).

Hari tersebut hari pertama berpuasa, penat. Biasalah hari pertama memang akan berasa keletihan yang lebih berbanding hari yang lain. Jadi aku dan ayahku berada di sebuah pasaraya besar di Kajang. Setelah kami singgah sebentar di mesin atm di dalam pasaraya itu, ayahku menolak troli perlahan-lahan menuju kereta.

“Sat, jat nak beli paper”

aku mempercepatkan langkah mengunjungi gerai buku berdekatan untuk membeli senaskhah surat khabar buat tatapan seharian bercuti ini. Sekejap lagi dah nak pulang semula ke kolej, paling tidak kena ada satu bahan bacaan yang terkini. Kalau tidak saya hanya ada surat khabar jumaat lepas yang semestinya tidak menarik untup diteliti lagi.

Malangnya surat khabar sudah habis dijual. Mungkin kerana sudah pukul 2 petang dan hari ini cuti - orang bosan berada di rumah maka membeli makalah atau surat khabar untuk dibaca.

Maka dengan kecewa berjalan

Aku melalui sebuah kedai CD, eh ada cd murah yang mungkin tidak laku@mendapat tempat di hati pelanggan

Aku meneliti.. Ah, sesuatu yang aku cari selama hampir sedekad ini

CD DASH YONKURO!!

Tanpa membuang masa aku terus ambil, RM 5 sahaja.. Tapi yang malang cuma ada satu sahaja. Tak kisah janji aku dapat !
Hatiku terus berbunga kegirangan! Tak tipu

dscn9615.JPG

Aku memang sangat mencari cd ni sebab nak tgk kat internet pun tak ada dalam bahasa Inggeris atau BM. Last sekali beli cd ni berharga RM 12.90 kira-kira lima tahun lalu. Gembira yang amat sebab aku minat bangat cerita kartun ni masa kecil

dan aku tahu  ramai yang mempunyai minat yang sama, tapi kecewa CD dan fail di internet kurang banyak.

Kadang-kadang teringat kenangan main kereta mini ni masa kecil bersama rakan-rakan setaman. Sob

Apa-apa pun, aku beli CD Vol 8. Kisah Yonkuro yang menentang Kidoinjin di atas puncak gunung di mana Emperor musnah akibat disambar kilat.

Aku berharap sesiapa tahu di mana ada jual CD ni lagi boleh hubungi saya dengan segera. Saya berkira-kira untuk telefon pengedar CD ini untuk bertanya jika dia masih ada simpanan untuk dijual

Salam ramadhan semua, seperti biasa aku di concourse menaip beberapa patah perkataan sebagai penghibur duka, yang sedang bermain-main di semua sudut hati.. aduh

Aku sangat banyak hal hendak diselesaikan pada ketika ini. Terlalu banyak tatau nak kata apa. sampaikan nak rehat sekejap pun tak ada masa..argh..tertekan betul

barus1.JPG
Papan putih yang baru dibeli, RM 23 sahaja.  Mudah sedikit untuk planner. Nasib baik di gym ada hammer jadi bolehlah memaku paku di pintu.

barus2.JPG
Bendera Malaysia,yang sebelah kanan sejak tahun lepas (Puang letak). Sengaja menghias pintu bilik. Dah tak ada kerja la tu :P ..

barus3.JPG
Menghampar kertas mahjung di atas tikar getah biru. Nasib baik tak ada roomate kalau tidak memang kena penerajang yang deras. Nak lalu pun susah. Ni untuk kerja Malay, saya kena bentangkan sajak Gadis Di Kuburan oleh SA Usman Awang. Agak seronok sebab ni salah satu sajaknya yang popular. Tapi saya lebih suka Ke Makam Bonda namun tidak ada dalam sukatan pula.

Argh

EE minggu depan
Newsletter jumaat
Malay bentang esok
Econ ada kertas
Fizik/chem tak paham, kena ulangkaji
Tutorial Math

Saya ada satu kisah yang.. nak kata lawak pun ya, nak kata pelik pun boleh kata juga. Tapi apabila saya menceritakan kepada seorang rakan, dia memang ketawa berdekah-dekah lah. Jadi di sini saya menceritakan sebuah kisah untuk pedoman semua - walaupun agak mcm lawak yang jelik sikit buat sesetengah

Seperti biasa saya menghadiri pawagam berseorangan dan menonton cerita Melayu. Memang kesukaan saya menonton cerita sebegini di samping filem English yang kelakar atau bercorak kartun. Jadi setelah membeli tiket, saya mengheret beberapa bungkusan plastik mengandungi barangan yang dibeli di pasaraya berhampiran.

Saya selalu memilih kerusi di hujung sekali, sebab mudah nak keluar tapi cuma agar renyah apabila orang hendak masuk. Jadi saya pun duduk dan menanti wayang gambar bermula.

Tiba-tiba ada seorang kanak-kanak berumur lingkungan 7 tahun duduk sebelah saya, dan kakaknya di kerusi yang satu lagi. Agak pelik kerana seorang yang masih kecil ingin menonton cerita cinta sebegini.. hmm hmm.. okey tak apa biarkan.Mungkin mengikut kakaknya.

 Semuanya berjalan lancar - hinggalah tiba di satu babak

Babak lebih kurang beginilah - lelaki A bertanyakan kepada perempuan B yang baru sahaja berkahwin dengan suaminya.

“Awak dah pernah buat ke dengan suami awak?”

dan pada ketika itu penonton hanya mampu tersenyum, saya juga begitu. dan tiba-tiba kanak-kanak di sebelah saya bertanyakan kakaknya:

“kak kak.. buat apa tu kak?” - seolah-olah meronta meminta penjelasan kakaknya. Dan saya agak terkejut soalan itu yang agak kuat dan kakaknya seolah-olah ‘kucar-kacir’ kerana diajukan soalan begitu.

Saya hanya mampu menahan ketawa di dalam hati.

Walaupun agak pelik bunyinya jadi saya ingin beri sedikit pengajaran mengenai apa yang terjadi itu:

1) Jangan bawa kanak-kanak menonton filem berunsur cinta - walaupun adegan itu bukanlah berbaur lucah melampau tapi ketidakfahaman kanak-kanak kadang-kadang mengundang malu kepada penjaga yang membawanya.

2) Kalau saya jadi pengusaha filem pun, saya tak tahu apa ayat yang lebih sopan berbanding ayat atas tu. Haih..Entahlah! Mungkin babak macam ini boleh olah lagi?

Maaf kerana agak kurang sopan, tapi saya hanya mahu menyampaikan pesan kepada penjaga kanak-kanak dan mungkin mereka yang mengusahakan filem.

avatar

Shahkang merupakan nama pena kepada Norshah Aizat bin Shuaib. Menetap di Kangar, Perlis namun kini berjuang dalam kancah tahun 2 program International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting, Selangor. InsyaAllah akan meneruskan perjalanan dalam bidang kejuruteraan di universiti yang belum lagi diketahui namanya.

Merupakan seorang peminat sastera dan bercuba untuk menjejakkan kaki dalam dunia penulisan kreatif. Seorang kaki buku dan surat khabar dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris. Hobi adalah membaca sebarang jenis buku yang menarik terutamanya dalam soal perniagaan, motivasi, diari perjalanan dan karya kreatif penulis mapan.

Sebarang pertanyaan dan masalah, saya boleh dihubungi melalui:
ID Yahoo Mesengger: shah_jat
Emel: shah_jat@yahoo.com
Friendster dan Facebook: shah_jat@yahoo.com


Lebih lanjut mengenai saya